Jawapan: Di zaman perjanjian Hudaibiyah, sekumpulan orang Islam membai'at Nabi di bawah pohon. Pembai'atan ini masyhur dengan Bai'atul Ridwan dengan ayat yang telah turun:
لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا. فتح18
Demi sesungguhnya! Allah ridha akan orang-orang yang beriman, jika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon; maka ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya- Surah al-Fath ayat 18
Dalam pegangan Ahlusunnah, Allah (swt) telah meridhai para sahabat yang berada dalam Bai'atul Ridwan seperti Abu Bakar, Umar, Khalid dan beberapa orang lagi. Tidak mungkin para sahabat ini menyimpang setelah Allah meridhai mereka.
Jawapan kami ialah pertamanya ayat itu sendiri menggunakan kalimah 'iz zarfiah muqayyad'. Iaitu ayat itu menyatakan Allah meridhai engkau yang memberi Bai'at ketika itu. Dengan ini tuhan meridhai mereka sebelum dan selepas pembai'atan tertakluk dengan syarat selagi individu itu tetap menjaga kemakmuran ini.
Ibnu Kathir, Tabari dan Suyuthi adalah daripada kalangan ulama besar Ahlusunnah mengatakan Bal'am bin Ba'urah yang punyai maqam maknawi yang tinggi, di mana Tuhan meletakkan nama sejahtera (Islam) padanya. Al-Quran menyatakan perkara ini:
وَ اتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذي آتَيْناهُ آياتِنا فَانْسَلَخَ مِنْها
"Kami membacakannya mereka kisah orang yang telah kami berikannya ayat"
al-A'raf 175
فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطانُ فَكانَ مِنَ الْغاوين
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi. Surah az-Zummar ayat 65.
Kita menerima bahwasanya ayat-ayat ini diturunkan tentang sahabat. Akan tetapi berapa ramai antara sahabat-sahabat yang mampu menjaga makam tersebut, Perlulah adanya pembahasan dan penelitian khusus tentangnya.
Dalam Sahih Muslim terdapat hadis yang bernama Hadis Haudh, yang mana tidak ada jalan lagi untuk Ahlussunnah mengelak dari hal tersebut. Di hari kiamat sebilangan para sahabat akan dibawa ke api neraka. Rasulullah bertanya ke mana dibawa sahabat-sahabat baginda. Lantas dijawab ke neraka. Ditanya kenapa, lantas dijawab lagi, kerana mereka murtad dan kembali ke masa jahiliyah sepeninggalan baginda. Yang lebih menarik, Bukhari mengatakan hanya sedikit daripada mereka yang selamat. Sahih Bukhari: 7/208; Shawahid Tanzil: 284/1
Ummul Mukminin Aisyah telah berkata:
عن عائشة قالت لما قبض رسول الله صلى الله عليه و سلم ارتدت العرب قاطبة وأشربت النفاق
"Sekalian orang Arab telah murtad setelah wafatnya Rasulullah dan kemunafikan" -Al-Bidayah wa al-Nihayah: 6/336; Tarikh Madinah Dimasyq: 30/316,
Wahabi ingin mempermasalahkan hadis Syiah yang mengatakan sesudah Nabi semua orang telah murtad kecuali empat orang, oleh itu selama 23 tahun usaha keras Rasulullah mendidik hasiulnya hanya empat orang yang tidak murtad? Jawaban kami ialah, kalau kami mengatakan hanya empat orang yang tidak murtad, tetapi Ummul Mukminin Aisyah mengatakan semua orang Islam itu murtad, tentunya dalam pandangan Syiah yang dimaksud bukanlah murtad daripada keimanan, akan tetapi menentang perintah-perintah yang telah ditetapkan oleh Rasulullah.
"maka dia menuruti Syaitan dan termasuk di kalangan mereka yang sesat"Kesimpulannya dengan pengajaran peristiwa ini, jikalau Tuhan meridhai seseorang, maka Dia akan menyatakan keridhaanNya dengan bentuk yang sangat berharga selama seseorang itu menjaga keistiqamahan prinsip itu. Jika tidak, begitu banyak orang yang memiliki makam yang sangat tinggi namun setelah itu mereka tersesat.
Sebagai contoh Abdullah bin Abi Sara sahabat Rasulullah (s) penulis wahyu pertama, akan tetapi selepas beberapa ketika ia murtad dan menghina Rasulullah (s). Hingga sampai ke satu tahap, Rasulullah berkata pada waktu Fath Makkah, beberapa orang daripada mereka, walaupun mereka bergantung pada kain Kaabah, penggallah kepala mereka, salah seorang daripada mereka ialah Abdullah bin Abi Sara'.
Allah (swt) berfirman kepada Rasulullah (s):
Ini menunjukkan tingkatan maqam Bal'am bin Ba'ura lebih tinggi dari mereka yang berada di Bai'atul Ridwan kerana beliau mempunyai Ismu A'zam.